Pages

Sunday, March 26, 2017

Masalah, masalah, masalah!


Terkadang kita takboleh lari dari masalah
Ke mana saja kita pergi, masalah akan sentiasa menjadi pengikut setia
Begitu juga aku.

Hidup aku juga penuh dengan masalah, seperti orang lain juga.
Perbezaannya, bagaimana kita hadapi masalah tu
dan cara kita tanganinya.

Aku bagaikan ingin lari dari semua masalah yang membelenggu diri ini.
Mahu meluah, tapi tidak juga terluah.
Akhirnya, aku hanya mampu berdiam diri.
Menyepikan diri. Membawa diri.

Semasa di pantai kelmarin, rasa seperti tak mahu pulang.
Rasa seperti mahu menenggelamkan diri dalam air tu.
Rasa mahu tinggal di situ untuk sementara waktu.

Kataku, semuanya ok. Tidak ada apa-apa masalah.
Tapi ternyata, hanya berkata sahaja.
Di dalam hati, hanya Allah saja yang tahu.

Aku tahu aku kuat. 
Tapi kali ni, aku tewas.
Aku tak mampu nak menghadapinya.
Ianya sangat mengganggu fikiran.
Tapi aku juga tak mampu berbuat apa-apa.

Ya Allah.. kau kuatkanlah diri hambaMu ini
dalam menghadapi ujianMu.